Kerjaya Ming-Na Wen

Peranan televisyen Wen pertama ialah menerusi rancangan televisyen kanak-kanak Mister Rogers' Neighborhood pada 1985.[2] Dari 1988 hingga 1991, beliau melakonkan watak Lien Hughes dalam drama lipur lara As the World Turns.

Selepas berlakon dalam filem 1993 The Joy Luck Club, beliau membawakan peranan Dr. Jing-Mei "Deb" Chen dalam siri drama NBC ER. Beliau pertama kali berlakon dalam peranan ulangan sewaktu musim 1994-1995 sebelum kembali pada 1999, kekal bersama rancangan itu sehingga Musim 11 pada 2004. Wen juga memegang watak Chun-Li dalam filem Street Fighter dan membintangi bersama dalam sitkom The Single Guy dari 1995 hingga 1997.

Wen pada Oktober 2006

Beliau meminjamkan suaranya untuk watak tajuk dalam filem animasi Disney 1998 Mulan, kesinambungan terus ke videonya, Mulan II, dan permainan video Kingdom Hearts II, sekaligus memenangi Anugerah Annie. Beliau juga meminjamkan suaranya untuk watak Aki Ross dalam filem animasi komputer Final Fantasy: The Spirits Within, dalam Detektif Ellen Yin dalam siri animasi The Batman. Beliau juga menyumbangkan suaranya untuk Jade, watak kecil dalam siri animasi HBO Spawn.

Pada 2004, beliau mengambil bahagian di Hollywood Home Game di World Poker Tour, dan menang. Pada musim gugur 2005, beliau berlakon dalam siri drama NBC Inconceivable sebagai watak utama, Rachel Lu. Bagaimanapun, siri itu dibatalkan selepas hanya dua episod disiarkan. Peranan TV beliau seterusnya ialah sebagai ejen FBI dalam siri drama penculikan Fox Vanished, yang ditayangkan pada musim gugur 2006 kemudiannya dibatalkan tiga bulan kemudian. Beliau juga melakonkan peranan kecil sebagai Profesor Kolej dalam siri komedi George Lopez.

Pada 8 hingga 29 Oktober 2007, Wen (dikenali sebagai Ming Wen) muncul dalam empat episod siri CBS Two and a Half Men melakonkan watak kepentingan cinta Charlie Sheen. Pada November 2008, beliau muncul sebagai tetamu undangan siri ABC: Private Practice dan Boston Legal. Dari 5–6 Disember 2008, Wen membintangi penerbitan manfaat bagi muzikal Grease bersama "Stuttering" John Melendez di Class Act Theatre.[3]

Beliau muncul secara kerap dalam siri TV Stargate Universe sebagai Camile Wray dari Oktober 2009 hingga Mei 2011. Wen membuat kemunculan dalam "Disney Through the Decades" (bahasa Melayu: Disney Sepanjang Dekad), sebuah dokumentari pendek mengenai sejarah Syarikat Walt Disney sehingga masakini, sebagai pengacara untuk segmen 1990an.

Wen muncul dalam siri Syfy Eureka sebagai inkuisitif Senator A.S. Michaela Wen, bermula Musim Keempat pada 2011 dan menjadi watak antagonis dalam musim kelima dan terakhir pada 2012.

Wen memegang watak Ejen Melinda May dalam siri drama aksi ABC Agents of S.H.I.E.L.D., yang ditayangkan pada 24 September 2013.[4]

Pada Ogos 2014, Wen membawakan kembali peranannya sebagai Mulan buat pertama kalinya sejak Kingdom Hearts II dalam siri animasi Disney Channel Sofia the First.[5] Anak perempuannya, Michaela Zee mempunyai peranan ulangan dalam siri itu sebagai Puteri Jun.